top of page
Search
enfedusto1985

Karangan Kepentingan Menderma Organ: Kisah Inspirasi dan Motivasi



Pendermaan Organ merupakan satu kaedah rawatan yang diterima ramai di Negara kita. Pendermaan organ dan tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan. Selepas pemindahan organ, pesakit itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik. Manakala, kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan menderma organ masih berada pada peringkat yang amat rendah. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah. Pendermaan Organ adalah satu amalan yang mulia dan dibenarkan oleh kebanyakan agama termasuk Islam, tetapi masih ramai yang berasa ragu untuk berbuat demikian. Persoalannya, apakah halangan pendermaan organ di negara kita?


Dalam konteks perubatan, pemindahan organ dibuat bukan bertujuan untuk mencacatkan anggota tubuh, jauh sekali untuk mencabuli kehormatan jenazah, tetapi merupakan satu kaedah perawatan terhadap penyakit yang berbahaya. Orang ramai sedar bahawa pemindahan organ tidak dilakukan secara sembarangan, sebaliknya dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada diri, waris, atau keluarga si mati, mengikut peruntukan undang-undang, tetapi masalahnya ialah masyarakat tiada keinginan membantu orang lain dengan mengorbankan sedikit keselesaan diri. Kita tidak dapat menafikan bahawa faktor budaya menjadi penghalang untuk masyarakat menderma organ. Sejak kecil lagi, kita dididik menderma wang ringgit, masa dan tenaga, tetapi kita tidak pernah diajar untuk menderma organ.




karangan kepentingan menderma organ



Bagi mereka yang berfikiran terbuka, memang ada keinginan untuk menderma organ, tetapi ada sahaja yang menghalang seperti ahli keluarga. Jikalau rakan yang menghalang tidak mengapa, tetapi jika bantahan daripada ibu, sudah tentu kita tidak sanggup ingkar. Malah, mereka tidak sanggup berderma bukan sahaja kepada ahli masyarakat yang lain tetapi juga kepada ahli keluarga sendiri disebabkan bimbang akan mendatangkan kemudaratan serta kecacatan pada jenazah dan dirinya. Dalam sesetengah kes, ada yang sudah sanggup untuk berderma, tetapi disebabkan rakan-rakan menakut-nakutkan dengan mengatakan tubuh tidak lagi mampu berfungsi seperti sedia kala menyebabkan keinginan itu terbantut. Proses mengharapkan orang ramai agar sanggup menderma organ mengambil masa yang lama. Setakat ini, kempen yang terlalu sedikit menyebabkan orang ramai tidak mendapat gambaran yang sebenar. Untuk tahun-tahun mendatang, diyakini akan lebih banyak orang yang mempunyai hati mulia seperti Wan Hafizah yang sanggup menderma sebahagian hatinya kepada seorang bayi yang tiada pertalian darah dengannya.


Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup mempunyai risiko yang rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Dengan adanya ikrar daripada penderma organ, kita dapat mengubah kehidupan seseorang yang mempunyai kegagalan fungsi organ. Kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan bantuan, ringankan beban. Alangkah murninya hati seseorang mengikrarkan diri memberikan semua organ dalamannya, dengan harapan selepas kematiannya, masih dapat membantu orang lain.


Kesimpulannya, masyarakat kita harus membebaskan minda daripada dibelenggu dan dicengkam oleh kebimbangan menderma organ. Pihak yang berkenaan harus berganding bahu dan bekerjasama meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ. Marilah kita bersama-sama mendaftarkan sebagai pengikrar penderma organ supaya umat manusia dunia kita menjadi penyayang.


Karangan Bahasa Melayu selalunya menyentuh isu-isu berkenaan kemasyarakatan dan negara. Langkah ini dilaksanakan supaya pelajar bersikap peka dan cakna terhadap isu-isu semasa yang berkait dengan masyarakat setempat. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan faedah menderma darah dan langkah menggalakkan orang ramai untuk melakukan aktiviti ini.


Tahukah anda, apabila anda derma darah walaupun sekali, anda dianggap sebagai insan yang istimewa kerana telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai harganya? Umum sedia maklum, darah adalah komponen yang penting dalam merawat pesakit di hospital. Keperluan dan permintaan terhadap darah meningkat dari tahun ke tahun hasil perkembangn industri kesihatan di dalam negara kita. Rawatan seperti pembedahan jantung, pemindahan organ dan pesakit talasemia memerlukan pemindahan dan penggunaan yang banyak. Kemeterian Kesihatan Malaysia telah pun menetapkan sasaran untuk menjadikan sekurang-kurangnya lima peratus rakyat di Malaysia sebagai penderma darah yang aktif. Walaupun sasaran itu tidak tercapai, namun bilangan penderma serta unit yang didermakan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Persoalannya, apakah kebaikan dan langkah menggalakkan orang ramai menderma demi manfaat bersama?


Bagi menggulung perbincangan di atas, kesimpulan yang jelas adalah pelbagai kelebihan dan langkah yang boleh digarap untuk memastikan orang ramai menderma. Sesungguhnya ianya merupakan amalan yang mulia dan memberikan pelbagai manfaat kepada semua. Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Darah Negara perlu menggunakan strategi yang lebih baik dalam menggalakkan dan mendidik masyarakat konvensional tentang kepentingannya. Sebagai warganegara yang berminda kelas pertama, tindakan terpuji ini dapat mengukuhkan penyatuan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana kepelbagaian budaya serta perbezaan sosial bukan menjadi penghalang kepada kita untuk menderma sebaliknya ia dapay menyelamatkan nyawa yang lebih berharga.


Adakah menderma darah dilarang dalam islam?Berkenaan dengan pendermaan darah dan organ, undang-undang Islam menganggap perlunya mengesampingkan larangan, yang bermaksud bahawa orang Islam boleh mengambil bahagian dalam pendermaan darah dan organ sekiranya diperlukan jika sumbangan itu dapat menyelamatkan nyawa orang lain 2ff7e9595c


0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page